Cari Blog Ini

Selasa, 21 Jun 2011

novel terbaru june 11


''FAST ACTION FAST RESULT''

antara stok yang baru sampai adalah :

bukan kerana sayang 
(aniza anaz - alaf 21)

kurela cinta ini bertamu
(nurul bahanudin - kaki novel)

dari kerana mata
(norhayati berahim - NB)

antara dendam & rindu
(rabihah nur ridhuan - buku prima)

kasih benar kasih
(aleya aneesa - alaf 21)

kemahuan hati
(fida rohani - alaf 21)

anaknya anakku jua
(anarif - kaki novel)

untuk tempahan sila masuk terus ke 

Isnin, 20 Jun 2011

BE POSITIVE...!!!

Some people's minds are negative. their thought are preoccupied with problems and difficulties. other people are neutral, always 'sitting on the fence' and never really getting behind anything. instead of either of these attitudes, cultivate a positive, enthusiastic outlook: you will discover that it works wonders!

Here are some tips on ways to be more positive :


  • Aim high
  • Take opportunities
  • Keep trying
  • Prepare for the future
  • Work at the big picture...and the small details
masuk ke facebook kami

566 hari mencari cinta - ilya abdullah


Sinopsis:

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya.

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Ahad, 19 Jun 2011

novel gempak yang harus dimiliki kini boleh didapati di SueFie

kedaibukusuefie.co.cc
untuk tempahan boleh menghubungi SueFie ditalian : 016 239 6971

1) cucur bawang & kopi 'o' - hasrudi jawawi (2 unit)
2) hanya ada kamu - naz areesya ameen (1 unit)
3) cinta sufi - ramlee awang murshid (1 unit)
4) rindu di awan biru - meen zulaikha (1 unit)

kedaibukusuefie@gmail.com

Jumaat, 17 Jun 2011

dari kerana mata - norhayati berahim


Mata anak kecil yang bundar dan bulat itu terkebil-kebil membaca majalah yang berada di tangan. Majalah yang dijumpai di ruang tamu rumah. Di dalamnya, banyak menyiarkan kisah mengenai wanita dan juga diletakkan beberapa resipi. Rasanya itu majalah nenek. Nenek yang suka membeli majalah. Kata nenek mudah mencari resipi di dalamnya.
“Nek!”
“Ya…”
Harum bau pisang nangka goreng menusuk ke hidung. Gadis cilik yang bermata bundar itu sedang merenung si nenek yang membelakangkannya. Sebentar nanti sudah pasti pisang goreng itu akan dimakan dengan gula dan sedikit mentega.
“Nek… betul tak kata pepatah, dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati?”
Jaliha bertanya nenek yang sedang menghadap kuali. Kedengaran suara nenek ketawa. Menoleh pada kanak-kanak berusia 8 tahun yang berada di belakangnya.
“Heasy… pandai sungguh! Mana dapat kata-kata tu?”
Kelakar pula mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut cucunya itu. Comel sungguh!
“Ini... baca majalah ni… Kata dia, mengg…ung…ap. Macam-macam makna.”
Kanak-kanak itu menunjukkan majalah di tangan.
“Mengg…ung…ap… apa tu?” nenek bertanya.
Gadis cilik itu menggaru kepalanya. Membaca sekali lagi perkataan tersebut dan akhirnya ketawa sendiri.
“Mengungkaplah nek… Ungkap tu apa, nek?”
“Mengungkap tu macam melahirkan perasaanlah.”
Nenek tersenyum. Gadis cilik itu ada sahaja yang ditanyanya. Tetapi nenek tidak pernah marah. Bahkan nenek selalu bangga dengan cucu yang rajin membaca walaupun bukanlah ulat buku.
“Mata jugak melahirkan macam-macam perasaan, ya nek?”
Nenek yang sudah meletakkan pisang goreng panas di dalam pinggan, menganggukkan kepalanya.
“Ya, kita boleh lihat mata orang gembira atau tidak. Kita melihat kesedihan orang daripada matanya jugak, sayang.”
Nenek memang tidak pernah lokek dalam ilmu. Nenek akan beritahu dan ajar apa sahaja yang nenek tahu.
“Oh, iye ke, nek? Kalau orang tu sukakan kita, kita dapat lihat daripada mata dia?”
Nenek sekali lagi menganggukkan kepalanya.
“Kata orang, rahsia seseorang itu dapat kita lihat daripada matanya.”
Sedikit mentega diambil oleh nenek lalu digaul pada goreng pisang itu dan kemudian nenek taburkan gula ke atasnya.
“Macam mana tu, nek?”
Nenek merenung mata cucunya yang bundar. Mata itu selalu ceria walau kadangkala mata itu menangis.
“Daripada keadaan mata orang, kita akan tahu sama ada dia seorang yang baik, seorang pemaaf atau jenis orang yang suka berbohong.”
“Oh iye ke, nek? Tengok! Mata Jaliha ni macam mana, nek?”
Nenek tersenyum. Direnung mata cucunya yang bundar. Mata itu kadangkala terkedip-kedip. Sungguh comel sekali.
“Mata Jaliha menggambarkan, Jaliha seorang yang pemaaf, senang dibawakberbincang, memahami dan seorang yang sangat sabar.”
“Baik ke tak baik, nek?”
Pisang goreng yang sudah ada di depan mata, disambar dengan tangan kecil gadis cilik itu dan dimasukkan perlahan-lahan ke dalam mulutnya.
“Baik... Mata yang macam mata tu adalah mata seorang perempuan yang baik.”
Tersenyum-senyum gadis cilik itu dengan kata-kata si nenek. Sudah pasti dia gembira mendengar pujian tersebut.
“Mata orang lelaki yang baik, macam mana nek?”
“Renungan matanya tak tajam, tapi dia seolah-olah memandang jauh. Dia seorang yang bijak berfikir, ikhlas dan dia akan menjadi seorang yang berjaya nanti.”
“Oh… macam tu ke, nek?”
“Iye sayang, macam tulah...”

mix kerjaya?? ape tu...?

nak wat bisnes konvensional ke nak wat networking? mane lagi ok sebenarnye... tapi antara keduanye ada satu jalan mudah... iaitu.. bekerja(makan gaji). ha, kan senang x yah fikir pasal nk beli stok, bayar gaji staf, bayar sewa, bayar api, macam2 la... haha... tapi macam mana pulak dengan cita2? nak berjaya... nak pakai kereta mewah... nak duduk umah besar.. tapi tu tu cite2 kew? ataupun tu adalah impian... impian sume org... sume org didunia ni...


:) sebenarnya... kite x perlu pening kepala tentang ape yang kite ingin mulakan... kite tidak perlu hidup dalam tertekan. nikmati kehidupan kite dengan senyuman.. ape jua yang kite nk wat, kte wat yang terbaik. jangn cepat putus asa. sebenarnye perjalanan kte masih jauh.. sangat jauh.. dan kte tidak tahu hadapan kite macam mane.. ape yang kite ada. siapa di sekeliling kta.. teruskan ape yang kte ingin...


bagus jika kite ada sekurangnye satu pekerjaan. tapi kalo kte ada lebih dari satu tu macam mane plak? maknanya lagi hebat la kan? bagaimana dari segi masa lak? ada full time dan ada part time? wa... lagi masyuk la setiap bulan kan? 


ini la yang saya panggil mix kerjaya. dengan pelbagai cabang pekerjaan, kite lakukan dan setiap income dari satu nya adalah untuk kte saja. percampuran kerja inilah yang menentukan apakah nilai kte. siapakah kte sebenarnye. adakah kte lemah? ataupun ''dah mati sebelum mati''. jngan biarkan kite dinilai seperti ini.. 


gah kan jiwa kite! semarakkan semangat kite. jike kite leka, atau ditimpa musibah, ingat, itu lah ujian dari ALLAH, untuk menguji diri kite. nak berjaya mesti ada ujian. macam peperiksaan sekolah la. sebelum periksa besar, ada la ujian bulanan. untuk menguji setakat mana kesediaan kite. dan setakat mane ilmu kte..


renungkan siapa kite. tapi jangan selalu termenung. hahaha. 


jumpe lagi k. :)

Khamis, 16 Jun 2011

DOKTOR CINTA-DYADILA

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepada 3P, iaitu pening, pelik dan porak peranda...

Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat die hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii...tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.